
Pesta Filem Jepun Dalam Talian 2024
Festival Filem Jepun
Selepas 2 tahun berehat, JFF ONLINE kini kembali lebih besar dengan 23 filem dan 2 Siri TV! Jom rasai keajaiban budaya Jepun dari keselesaan rumah anda atau di mana sahaja anda berada SECARA PERCUMA!
JFF ONLINE 2024 akan berlangsung dari Khamis 6 Jun hingga Rabu 3 Julai 2024, dan dibahagikan kepada 2 segmen:
- Daripada Rabu 5 Jun hingga Rabu 19 Jun: 23 filem
- Daripada Rabu 19 Jun hingga Rabu 3 Julai: 2 drama TV
Anda akan menikmati pelbagai jenis filem klasik, drama, seram, animasi dan dokumentari untuk 2 minggu pertama, diikuti dengan 2 siri drama TV popular pada separuh terakhir tempoh festival.
Kebanyakan filem festival dikelaskan sebagai G mengikut klasifikasi Jepun, sesuai untuk semua peringkat umur, tetapi beberapa dikelaskan sebagai PG12, memerlukan panduan ibu bapa untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun.
Sarikata juga turut disediakan dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina untuk semua tajuk, jadi anda hanya perlu mencipta akaun dan mula menonton!
Barisan Filem
23 filem

We Made a Beautiful Bouquet
Kisah cinta dua insan berkasih, dalam lima tahun terbaik mereka.

Single8
Kisah bildungsroman pada tahun 1970-an, berkisar sekumpulan pelajar sekolah menengah yang ghairah membikin filem bersama-sama.

Anime Supremacy!
Kisah riang tentang manusia yang mencurah sepenuh jiwa dalam menghasilkan anime.

Baby Assassins
Sebuah komedi aksi yang dinamik dan mengagumkan berkisar sepasang gadis yang dahulunya pelajar sekolah menengah, yang juga menjadi pembunuh upahan yang mahir.

The Lines That Define Me
Kisah seorang jejaka yang menemui rawatan untuk menyembuh luka di hati, melalui dunia Sumi-e, sebuah gaya tradisional catan dakwat hitam.

Jungle Emperor Leo, aka Kimba The White Lion
Adikarya unggul TEZUKA OSAMU yang menjadi batu asas ranah anime Jepun.

Father Of The Milky Way Railroad
Sebuah kisah kekeluargaan yang memaparkan kehidupan pengarang terkenal Jepun, MIYAZAWA Kenji, diceritakan daripada sudut pandang ayahnya.

The Handsome Suit
Sebuah komedi romantik fantasi tentang jejaka yang tiada keyakinan terhadap rupa parasnya, dan pada suatu hari, telah memiliki sebuat sut yang membuatkan sesiapa yang memakainya, bertukar tampan!

School Meals Time Graduation
Sebuah komedi gastronomi tentang seorang guru dan pelajar yang menyintai bekalan makanan tengah hari, dan bersama-sama menghargai manfaat makanan.

BL Metamorphosis
Kisah yang meruntun jiwa tentang dua wanita yang menjalin persahabatan rentas generasi melalui manga.

My Broken Mariko
Sebuah filem kembara tentang seorang wanita berkelana sambil memikul tulang-temulang teman baiknya, Mariko yang telah mati.

The Zen Diary
Sebuah kisah yang merenung sedalamnya erti sebenar kekayaan dalam lensa keindahan alam semula jadi empat musim, dan kenikmatan hidangan desa.

Wedding High
Gabungan komedi daripada watak-watak yang sukar dilupakan saat berkumpul di sebuah majlis perkahwinan, masing-masing membawa bersama nyala rasa untuk sebuah hari yang meriah.

I am what I am
Sebuah filem tentang "semangat kendiri" seorang wanita, yang tidak berminat akan romansa, sedang mencari hidup yang bebas tanpa dihakimi orang luar.

Kiba: The Fangs Of Fiction
Pertempuran kebijaksanaan sesama editor majalah dalam menelusuri pahit maung industri.

The Lone Ume Tree
Sebuah kisah yang meruntun jiwa tentang cabaran seorang anak autistik dan kasih sayang seorang ibu yang semakin menua, menjalani hidup dalam sebuah komuniti.

I Go GaGa: Welcome Home, Mom
Rakaman meruntun jiwa seorang anak perempuan terhadap ibunya yang menghidap demensia serta bapanya yang mencurah sepenuh kasih.

We're Broke, My Lord!
Sebuah komedi samurai berkisar seorang putera muda yang bertungkus-lumus membayar hutang sebanyak 10 bilion yen.

Twenty-four Eyes
Sebuah kisah meruntun jiwa tentang seorang guru dan 12 orang pelajarnya yang hidup di zaman perang.

Best Wishes To All
Siapakah yang berada di tingkat dua? Apakah yang dilihat pelajar kolej ketika berada di rumah datuk dan neneknya? Daripada pemenang Pertandingan Filem Seram Jepun julung kalinya.

Closet
Sebuah gerobok yang menggerunkan melawan seorang pemuda. Karya seram terbaharu yang memaparkan ketakutan yang berselindung disebalik kehidupan seharian.

Karakasa
Sekaki payung yang jangan sekali-kali kau buka... Payung pembunuh yang menggerunkan kini berterbangan di angkasa!

The Invitation
Sebuah filem seram gaya baharu tentang rumah yang sekali-kali jangan kau masuki.
2 Drama TV

Downtown Rocket (Season 1)
Sebuah drama meruntun jiwa dan masyhur tentang kilang pekan Jepun yang bertingkah melawan syarikat gergasi.

Rikuoh (Season 1)
Sebuah drama meruntun juwa tentang kebangkitan pengeluar "tabi" (stokin tradisional Jepun) dalam berdepan cabaran membangunkan kasut balapan.