Dramatari Tangon: Tonsung Om Gohulu
Cerita dari Suku Rungus
Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar tahun 3 Seni Kreatif Major Tari akan membuat pementasan Dramatari Dramatari Tangon: Tonsung Om Gohulu.
Dramatari Tangon: Tonsung Om Gohulu merupakan salah satu cerita rakyat etnik Rungus yang turun-temurun yang diangkat menjadi salah satu pementasan dramatari daripada Terpsichore Production.
Rungus merupakan salah satu kaum di Sabah dan juga merupakan penduduk asli kepulauan Borneo. "Rungus" berasal dari perkataan Rungsud iaitu nenek moyang suku kaum Rungus yang berhijrah dari kawasan Nunuk Ragang ke pesisiran pantai di Semenanjung Kudat, Teluk Marudu, Pitas, Beluran dan Telupid.
Rungus merupakan salah satu sub kumpulan yang tergolong dalam kelompok Kaum Kadazan-Dusun.Rungus juga mempunyai bahasa yang hampir sama dengan bahasa Dusun di sabah.
Semua pelajar dan orang ramai dijemput hadir ke persembahan ini.
Sinopsis
Cerita ini adalah salah satu kisah kehidupan dari Suku Kaum Rungus pada zaman dahulu kala. Ianya mengisahkan 2 beradik yang tidak mempunyai ibu bapa dalam mengharungi hidup melalui alam perkhawinan yang dirancang oleh mereka berdua. Anak sulung adalah perempuan bernama Tonsung (Lesung) dan Adiknya lelaki bernama Goholu (Alu). Dalam pesta perkhawinan dirumah panjang, dengan memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit kayu kerana terlalu miskin, mereka masing-masing mengambil peluang mencari pasangan tanpa kerelaan pasangan pilihan mereka. Apakah yang terjadi selepas itu? Sila ikuti ceritanya.
(sumber: tangonrungus.blogspot.com)
Tempahan tiket hubungi
Penganjur acara ini
Bagaimana untuk pergi ke acara ini?
DKP Lama, Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.