activity poster for Kejuaraan Drama Tari Malaysia

Kejuaraan Drama Tari Malaysia

acara ini telah berakhir

Menyatukan Budaya Melalui Kecemerlangan Seni

Persatuan Sanggar Seni Sabah (PSSS) akan mengadakan Kejuaraan Dramatari Malaysia Madani 2023 pada 24-26 November 2023 bertempat di Dewan Resital Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Kejuaraan ini merupakan anjakan dari kejayaan Persatuan kami menganjurkan Pertandingan Dramatari Sabah 2022 bertempat di Dewan Resital Universiti Malaysia Sabah dengan jayanya.

Sehubungan dengan kejayaan tersebut, Persatuan Sanggar Seni Sabah sekali lagi berhasrat untuk meneruskan program tersebut dalam skala lebih besar dan melibatkan kepelbagaian etnik yang terdapat di seluruh Malaysia. Penganjuran ini amat penting untuk menyahut hasrat kerajaan didalam menyatu padukan rakyat Malaysia dalam program Malaysia Madani serta memeriahkan suasana berkesenian di negeri Sabah.

Tujuh daripada kumpulan drama dan tarian terbaik Malaysia akan bersaing di peringkat akhir (lihat barisan di bawah).


Drama Tari?

Istilah "drama tari" merujuk kepada satu bentuk persembahan yang menggabungkan unsur-unsur tarian dan penceritaan dramatik. Dalam pengeluaran jenis ini, penari menggunakan badan, pergerakan, dan ekspresi mereka untuk menyampaikan naratif atau bercerita.

Koreografi sering distrukturkan untuk menyampaikan plot, watak dan emosi, menjadikannya pengalaman visual yang menarik dan melibatkan emosi untuk penonton.


Beli tiket anda

Promosi dari 15 November hingga 20 November 2023
  • VIP: 1 hari - RM48, 3 hari - RM122
  • Orang Awam: 1 hari - RM34, 3 hari - RM92
  • Pelajar: 1 hari - RM17, 3 hari - RM41
  • VIP: 1 hari - RM56, 3 hari - RM144
  • Orang Awam: 1 hari - RM40, 3 hari - RM108
  • Pelajar: 1 hari - RM20, 3 hari - RM48
  • Kanak (7-12 tahun): 1 hari - RM5, 3 hari - RM15

Beli tiket anda dalam talian


Maklumat Lanjut


Barisan Artis

event poster for SEMEBA

SEMEBA

 
event poster for KAE'STA

KAE'STA

 
event poster for Tagaps Dance Theatre

Tagaps Dance Theatre

 
event poster for The Shadow Art's

The Shadow Art's

 
event poster for SSEMJ DANCE STAR

SSEMJ DANCE STAR

Kumpulan tarian dari Sekolah Seni Malaysia Johor yang ditubuhkan pada tahun 2007.

 
event poster for Maganda Politeknik

Maganda Politeknik

 
event poster for Partikang Dance Art Legacy

Partikang Dance Art Legacy

 

Kongsi halaman ini

Imbas kod di bawah untuk kongsi halaman ini:

QR code for this page.

Alamat halaman telah disalin!

Penganjur acara ini

Persatuan Sanggar Seni Sabah

Bagaimana untuk pergi ke acara ini?

Dewan Resital, Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Academy of Arts & Creative Technology, Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Lihat peta