Festival Bah! Jumpa 2024
Festival Kreativiti Tanpa Batas
Bersiaplah untuk dua hari yang penuh dengan kreativiti, seni, dan hubungan bermakna!
Ruan Tamu Ekosistem dengan bangga mempersembahkan Festival Bah! Jumpa 2024, acara tahunan yang menghimpunkan artis, pencinta muzik, aktivis sosial, penduduk tempatan, dan penganjur festival untuk meraikan seni tanpa sempadan.
Sorotan Festival
- Pasar Komuniti yang menampilkan bakat dan ciptaan tempatan
- Tayangan Filem dengan cerita-cerita yang memberi inspirasi
- Bengkel Seni untuk semua tahap kemahiran
- Ceramah dan Sesi Perkongsian untuk merangsang idea dan perbincangan
- Persembahan Muzik yang menghiburkan dan memberi tenaga
- Pertandingan Seni untuk mengetengahkan bakat luar biasa
- Pameran Seni untuk menyelami karya-karya kreatif
- Kajian Kolektif untuk pembelajaran bersama
Jangan lepaskan festival yang memberi inspirasi ini yang menghubungkan orang dari pelbagai lapisan kehidupan!
Mari bertemu, meraikan, dan mencipta bersama di Festival Bah! Jumpa 2024!
Program acara
Sertai bengkel seni cetakan ukiran kayu yang unik oleh kolektif Pangrok Sulap. Dalam bengkel ini, peserta akan mempelajari cara menghasilkan cetakan daripada ukiran kayu, bermula dari proses melakar rekaan, mengukir blok kayu, sehinggalah kepada proses mencetak. Sepanjang bengkel ini, peserta juga digalakkan membawa t-shirt kosong berwarna cerah untuk mencetak hasil karya mereka sendiri.
Harga: RM45
Pendaftaran di 012-264 1769.
Lukisan muka
Belajar teknik asas menggunakan berus, mencampur warna, dan bikin design kamurang sendiri dalam bengkel lukis muka yang syok ini bersama Diana dari Arts by Dion. Bengkel ini paling sesuai untuk yang baru belajar atau siapa saja yang mahu menambah kemahiran kreatif. Tiada pengalaman diperlukan. Lukisan muka bukan saja syok, tapi inilah peluang untuk kamurang kasi keluar kreativiti kamurang. Semua peralatan akan disediakan.
Harga: RM5
Pendaftaran di 012-264 1769.
Pembuatan Seruling
Mari belajar seni membuat seruling sendiri bersama Najmie dari Seruling Alam! Dalam sesi ini, kamu akan diajar asas pembuatan seruling menggunakan peralatan asas dan bahan semula jadi. Kamu akan belajar membentuk, menyelaraskan, dan menyiapkan seruling, serta teknik asas memainkannya. Tiada pengalaman diperlukan! Selepas bengkel, kamu akan membawa pulang seruling yang telah siap dan kemahiran untuk membuat lebih banyak seruling.
Harga: RM50
Pendaftaran di 012-264 1769.
Projek Zine
Zine (singkatan untuk "magazine" atau "fanzine") ialah sebuah buku kecil atau majalah yang diterbitkan sendiri, biasanya menumpukan pada topik khusus atau ekspresi peribadi. Zine biasanya dihasilkan menggunakan kaedah DIY seperti kolaj, ilustrasi tangan, atau teks yang ditaip. Dalam sesi ini, anda akan mempelajari asas-asas untuk menghasilkan zine anda sendiri - dari mengolah idea, rekaan hingga menyusun dan berkongsi hasil karya anda. Bengkel ini menyediakan alat dan inspirasi untuk mengekspresikan pemikiran anda dalam bentuk seni yang boleh dikongsi.
Harga: RM5
Pendaftaran di 012-264 1769.
Cetakan Saring
Belajar teknik cetakan skrin dari artisan berpengalaman di Earth Printworks. Dalam bengkel ini, peserta akan mempelajari asas-asas membuat cetakan skrin, bermula dari penyediaan blok cetakan skrin. Peserta juga akan dibekalkan dengan T-shirt kosong dan berpeluang untuk mencetak baju mereka sendiri.
Harga: RM50
Pendaftaran di 012-264 1769.
Karikatur
Bengkel ini akan mengupas asas kartun, cara menghasilkan kandungan kartun yang menarik, serta strategi penjenamaan untuk memperkukuh identiti kreatif anda. Anda juga berpeluang mendengar perkongsian pengalaman daripada kartunis berpengalaman dan menyertai sesi soal jawab interaktif. Bengkel ini sesuai untuk semua yang ingin mendalami dunia kartun, tanpa mengira tahap pengalaman.
Harga: RM20
Pendaftaran di 012-264 1769.
Paracord
Bosan dengan aksesori yang itu-itu saja? Mari belajar membuat seni kraf paracord dan cipta aksesori unik anda sendiri! Bengkel ini akan membimbing anda melalui proses pembuatan gelang tangan dan rantai kunci yang bergaya. Semua bahan akan disediakan.
Harga: RM10
Pendaftaran di 012-264 1769.
Penganjur acara ini
Bagaimana untuk pergi ke acara ini?
Ruang Tamu Ekosistem
1st Floor, Block K, Lot 63, Lorong Plaza Utama, Alamesra Plaza Utama, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.