Papi Zak! Live di KK
Malam Penuh Lawak di KK
Kinabalu Komedi Klub dengan bangganya mempersembahkan... PAPI ZAK! Live di Kota Kinabalu! Bersiaplah, Kota Kinabalu! Pelawak paling terkenal (dan dia memang susah nak dilepaskan pandang) di Malaysia kini kembali ke Sabah. Papi Zak datang lagi, dengan cerita-cerita baru, lawak-lawak segar, dan malam penuh gelak ketawa – yang pastinya, ketawa anda, bukan dia!
Jumpa kami pada Jumaat, 25 Oktober 2024 di ThirtyOne Space, Pavilion Bundusan. Acara bermula tepat jam 8:00 malam, jadi jangan lambat (nanti anda yang jadi bahan lawak). Makanan dan minuman pun ada disediakan, sebab, jujurlah, bila gelak, perut mesti lapar kan?
Dan kalau anda berani, cubalah cabaran ini: Tahan nafas sepanjang persembahan dan menang... tiket percutian ke New Zealand! (Tapi kami tak jamin keselamatan anda, ya!)
Kenali Raja Lawak Malaysia
Kalau anda tak kenal Papi Zak, anda ni duduk mana selama ni? Dia ni memang pelawak paling besar di Malaysia, dalam saiz dan humor! Setelah lebih dari 12 tahun menghiburkan rakyat Malaysia dengan lawak-lawak yang bikin pecah perut, Papi Zak terus menawan hati penonton dengan jenaka-jenaka spontan dan pemerhatiannya yang kelakar tentang kehidupan seharian.
Daripada menulis skrip, buat stand-up, hinggalah ke radio (LiteFM, REDFM) dan TV (The Halal Foodie, Happy Endings), Papi Zak memang tak boleh hilang dari radar! Malah, dia juga pernah jadi duta jenama Mr. Potato - jadi, boleh kata dia ni ada taste jugalah!
Tempah tempat anda
Tempat adalah terhad, jadi sila buat tempahan anda secepat mungkin melalui Instagram, telefon, atau email:
Tetang Kinabalu Komedi Klub
Kinabalu Komedi Klub atau Kelab Komedi Kinabalu adalah kumpulan komedi yang berusaha untuk mengadakan pertunjukan komedi di seluruh bandar KK.
Matlamat utama mereka adalah untuk memupuk komuniti pelawak serta bentuk-bentuk ekspresi kreatif lain, sambil menyediakan platform kepada artis tempatan untuk mempersembahkan bakat-bakat luar biasa yang dimiliki Sabah.
Penganjur acara ini
Bagaimana untuk pergi ke acara ini?
ThirtyOne Space
H52-1, 1st Floor, Pavillion Bundusan, 88300 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.