NitExhibition
NitExhibition
Pernahkah anda terfikir tentang suasana pameran pada waktu malam? Nah, ini dia.
Jumaat dan Sabtu ini, Sabah Art Gallery akan dibuka pada waktu malam untuk penghidap insomnia yang meminati seni. 😉
Pameran
Karya Perdana Tahunan Negeri Sabah Ke-37
Tiket masuk
- Malaysia: RM2 (kanak-kanak), RM3 (pelajar), RM5 (dewasa).
- Bukan Malaysia: RM10 (kanak-kanak), RM15 (dewasa).
Aktiviti
Beberapa aktiviti akan dianjurkan sebagai sebahagian daripada acara tersebut (lihat senarai di bawah).
KK Culture & Creative Car Boot Fair (5 petang - 10 malam)
Terdapat juga vendor-vendor tempatan yang menjual makanan dan minumam dengan konsep jualan melalui car boot. Digalakkan membawa cup, ya.
Piknik & Wayang Pacak (7 malam - 9 malam, masuk percuma)
Aktiviti piknik dan wayang pacak diadakan di luar kawasan Balai Seni Lukis Sabah.
Bawa tikar atau kerusi, ya. Kita tidak mahu kaki jadi penat.
Anda boleh membawa makanan sendiri atau membeli sesuatu untuk dimakan di KK Culture & Creative Car Boot Fair. Digalakkan membawa cup, ya.
Maklumat Lanjut
Penganjur acara ini
Bagaimana untuk pergi ke acara ini?
Sabah Art Gallery
Mile 2, Jalan Penampang, 88000 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.