Nite Picnic @ Kulung: Chapter IV
Hujung minggu ini, aktiviti Balai Seni Lukis Sabah berlanjutan ke malam untuk pesakit insomnia yang meminati seni. 😉
NitExhibition (4 petang - 10 malam)
Nikmati lawatan pameran ketika malam.
Pameran
- Karya Wanita Sabah (KESUMA)
- SIVISA #3
Tiket masuk
- Malaysia: RM2 (kanak-kanak), RM3 (pelajar), RM5 (dewasa).
- Bukan Malaysia: RM10 (kanak-kanak), RM15 (dewasa).
Bertemu artis (3 petang - 9 malam)
Pelawat berpeluang untuk bertemu artis yang terdiri dari peserta Pameran Karya Wanita Sabah ke-14 (KESUMA)
Aktiviti
Beberapa aktiviti akan dianjurkan sebagai sebahagian daripada acara tersebut (lihat senarai di bawah).
KK Culture & Creative Car Boot Fair (5 petang - 10 malam)
Terdapat juga vendor-vendor tempatan yang menjual makanan dan minumam dengan konsep jualan melalui car boot. Digalakkan membawa cup, ya.
Rakaman Busking Negaraku (7 malam - 10 malam)
Nikmati nyanyian lagu lagu yang asyik bersama rakan2 / famili. Rakaman Busking Negaraku, program RTM berlangsung di kawasan luar bangunan Balai Seni Lukis Sabah.
Piknik & Wayang Pacak (6.30 petang - 10 malam, masuk percuma)
Aktiviti piknik dan wayang pacak diadakan di luar kawasan Balai Seni Lukis Sabah.
Bawa tikar atau kerusi, ya. Kita tidak mahu kaki jadi penat.
Anda boleh membawa makanan sendiri atau membeli sesuatu untuk dimakan di KK Culture & Creative Car Boot Fair. Digalakkan membawa cup, ya.
Artsi Krafti (6 petang - 10 malam)
Seksyen jualan barangan/merchandise seni dan kraf pun ada.
Barang dagangan apa kamu cari? Mungkin ada di sini.
Pengalaman melukis di ruang 3D (6 petang - 10 malam)
Perkhidmatan sewaan Playstation VR (PSVR) juga ada untuk memberikan pelawat pengalaman melukis di ruang 3D.
Maklumat Lanjut
Penganjur acara ini
Bagaimana untuk pergi ke acara ini?
Sabah Art Gallery
Mile 2, Jalan Penampang, 88000 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.